ANAHEIM, California – Beratus-ratus peminat Star Wars beratur seawal subuh hari di luar Disneyland di sini selepas tarikan baharu terbesar berasaskan siri filem ikonik itu dibuka di taman tema tersebut pada Jumaat. Taman tema bernilai AS$1 bilion (RM4.16 bilion) yang dipanggil “Star Wars: Galaxy’s Edge,” dibuka kepada pengunjung bertuah yang telah membuat tempahan tiket bagi membolehkan mereka menghabiskan masa menjelajah kawasan baharu itu selama empat jam. Hanya mereka yang sudah membuat tempahan sahaja yang dapat melawat “Galaxy’s Edge” untuk tiga minggu pertama selepas ia dibuka kepada orang awam. “‘Star Wars:…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya