SETIAP haiwan di muka bumi mempunyai keunikannya yang tersendiri dan salah satunya adalah sloth. Sloth merupakan mamalia yang bergerak paling perlahan berbanding haiwan-haiwan lain. Populasi haiwan mamalia ini banyak ditemui di kawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Sebahagian besar kehidupan haiwan ini adalah tinggal di atas pokok-pokok di hutan hujan tropika. Terdapat enam spesies yang tergolong dalam keluarga Megalonychidae dan Bradypodidae. Sloth dalam keluarga Megalonychidae mempunyai dua jari kaki, manakala Bradypodidae mempunyai tiga jari kaki. Haiwan ini boleh membesar sehingga 60 sentimeter (sm) hingga 80sm panjang dan mampu mencapai berat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya