Kuih pastri Arab, ma’amoul yang berintikan sama ada kurma, kekacang, walnut, badam, pistasio atau buah tin melengkapi Aidilfitri bagi masyarakat di Asia Barat. Memori blogger makanan berdarah kacukan Palestin dan Jordan berusia 40-an itu menghasilkan kuih kegemaran masyarakat Arab bersama keluarganya ketika membesar masih mekar dalam ingatannya. Katanya, semasa membuat kuih ma’amoul pada bulan Ramadan untuk persediaan Syawal, seluruh keluarga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. “Ada yang ditugaskan untuk menguli adunan doh, menekan pada adunan termasuk diberi tanggungjawab untuk membakar kuih tersebut. “Walaupun terpaksa duduk di hadapan ketuhar panas itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya