KUALA TERENGGANU – Seorang lagi mangsa Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu kelmarin, menjadikan setakat ini sembilan mangsa di negeri ini yang dirawat di hospital itu setelah dipercayai mempunyai tanda jangkitan pada saluran pernafasan. Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohd. Jusoh ketika mengesahkan perkara itu berkata, mangsa terbaharu itu merupakan seorang lelaki dari Perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu. Beliau memberitahu, mangsa yang berumur 26 tahun itu mula ditahan di wad hospital berkenaan pukul 8.57 malam Jumaat lalu. Menurutnya, lelaki itu dikatakan mula dikesan mengalami tanda-tanda penyakit tersebut sewaktu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya