LOS ANGELES – Seorang pendaki ditemukan selamat selepas sesat di dalam hutan selama tujuh hari. Lapor CNN, Perkembangan itu disahkan jurucakap polis Los Angeles, Edmo Luna. Eugene Jo dilaporkan hilang sejak 22 Jun selepas terpisah dengan rakannya-rakannya ketika masuk mendaki gunung Waterman yang terletak di Taman Negara Angeles. Beliau dijumpai sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan beberapa kilometer dari laluan pendakian sebenar. Jo kemudiannya dipindahkan dengan menggunakan pengangkutan udara ke hospital berdekatan.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya