SUZUKA – Pelumba Thailand, Peerapong Boonlert terus mengukuhkan cengkamannya dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) FIM musim ini. Selepas menguasai tiga pusingan awal sebelum ini, pelumba pasukan Yamaha Thailand Racing Team itu kembali menyengat pada Perlumbaan 2 kelas SS600 di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun hari ini. Dia tampil dalam kelas tersendiri untuk muncul juara selepas sekadar menduduki tempat ketiga pada perlumbaan 1 semalam. Walaupun Perlumbaan 2 itu ditangguhkan hampir setengah jam gara-gara hujan lebat di Litar Suzuka, ia ternyata tidak menjejaskan rentak cemerlang pelumba Thailand itu yang kini semakin menjarakkan dirinya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya