BERLIN – Bintang bola sepak wanita Jerman dan Olympique Lyon, Dzsenifer Marozsan bersedia untuk kembali ke pangkuan pasukannya pada Piala Dunia, menjelang pertembungan dengan Sweden pada suku akhir, Ahad ini, selepas pemain itu tidak dapat beraksi dalam tiga perlawanan terdahulu kerana jari kakinya yang patah, kata jurulatih, Martina Voss-Tecklenburg, hari ini. Pemain berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan patah jari kaki dalam aksi pembukaan yang menyaksikan Jerman menang 1-0 ke atas China dan masalah itu telah mencetuskan kebimbangan bahawa dia mungkin terlepas kesemua baki perlawanan pada pertandingan tersebut di Perancis.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya