BARCELONA – Pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo tampil memohon maaf selepas dia menjadi punca insiden perlanggaran melibatkan empat pelumba pada Grand Prix (GP) Barcelona di Litar Catalunya malam kelmarin. Pada perlumbaan tersebut, pelumba Sepanyol itu melakukan kesilapan sehingga mengakibatkan tiga lagi pelumba termasuk penunggang Ducati, Andrea Dovizioso serta dua pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Vinales terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan. Lorenzo berkata, dia memulakan perlumbaan dengan baik serta merasakan berpeluang untuk menamatkan aksi itu pada kelompok teratas, namun keyakinannya memakan diri apabila terjatuh di selekoh ke-10 seawal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya