Bergelar perajurit muda, mereka terpaksa melupakan seketika keinginan untuk pulang beraya ke kampung halaman apabila perlu memberi keutamaan kepada latihan yang sedang dilalui. Sebaliknya, keluarga perajurit muda ini dibenarkan hadir ke ATU Ipoh untuk meraikan lebaran bersama-sama pada hari lawatan keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri semalam. Komandan ATU Ipoh, Kolonel Abdul Nazar Abdul Hamid berkata, kelonggaran berkenaan diberi bagi membolehkan ahli keluarga yang berkelapangan untuk melawat para pelatih. Menurut beliau, ketika ini kesemua 336 perajurit muda TUDM Siri 60/2019 sedang mengikuti latihan asas ketenteraan di akademi berkenaan sejak Januari lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya