MASUK sahaja waktu Maghrib malam 1 Syawal, suasana setempat berubah seolah-olah berada di zon perang. Bunyi mercun bola, mercun merdeka memecahkan keheningan malam. Kanak-kanak antara yang paling gembira bermain bunga api sambal bergelak ketawa sesama rakan sebaya. Begitulah meriahnya ketibaan Syawal sehingga segenap lapisan masyarakat bergembira atas nikmat bertemu Hari Raya Aidilfitri yang dinikmati sejak zaman berzaman. Namun begitu di sebalik suasana gembira dan bersukaria, orang Islam diingatkan agar tidak lupa segala pendidikan Ramadan yang telah sebulan dilalui bersama. Usah kerana kesibukan berhari raya, ibadah solat mula terabai. Setiap Muslim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya