BRAINERD, Minnesota – Seekor ikan gergasi berwarna oren terang sepanjang 91 sentimeter dan berat 14 kilogram ditemui di dalam sebuah tasik di Amerika Syarikat (AS). Pakar-pakar berkata, walaupun kelihatan seperti ikan emas, ia sebenarnya spesies ikan kerbau mulut besar yang mengalami mutasi. Ditemui di Tasik Brainerd Lakes, ikan tersebut dipercayai berusia sekurang-kurangnya 100 tahun, demikian menurut seorang pakar biologi dari Universiti Negeri Dakota Utara, Dr. Alec Lackmann. Seorang pemancing, Jason Fugate, 33, memancing ikan itu tetapi keliru melihat warna terang haiwan tersebut. Kata Fugate, dia mengetahui ikan itu daripada jenis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya