KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berhubung isu melibatkan kebajikan dan hak pekerja swasta di negara ini menerusi pindaan Akta Kerja 1955. Menterinya, M. Kula Segaran berkata, pihak kementerian mengadakan mesyuarat setiap bulan bersama MTUC dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) bagi menganalisis sebarang cadangan yang dibangkitkan. Oleh itu, beliau berkata, sebarang keputusan yang dibuat kelak akan melibatkan penilaian bersama daripada semua pihak. “Kita sambut baik pandangan MTUC kerana pada setiap bulan kita memang mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan sebarang isu berkaitan pekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya