BAITULMUQADDIS – Lebih 200,000 umat Islam menunaikan solat Jumaat pada minggu terakhir bulan Ramadan tahun ini di pekarangan Masjid al-Aqsa di Kota Lama, Baitulmuqaddis kelmarin semasa Israel meningkatkan kawalan keselamatan selepas berlakunya satu kejadian tikaman. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyelia pekarangan tapak suci itu menyatakan kira-kira 260,000 umat Islam hadir untuk mengerjakan solat tersebut. Seorang remaja Palestin ditembak mati oleh tentera Israel ketika mangsa cuba menyelinap masuk ke Baitulmuqaddis untuk menunaikan sembahyang di Masjid al-Aqsa. Solat Jumaat berlangsung selepas beberapa jam seorang lagi remaja Palestin berumur 19 tahun ditembak mati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya