PERANCIS – Pelumba KTM Red Bull, Johann Zarco berharap jurulatih baharunya, Jean-Michel Bayle mampu membantunya mendapatkan kembali prestasi terbaiknya dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini. Zarco dilihat bergelut dengan prestasinya selepas menyertai pasukan KTM dari Yamaha pada musim ini dan dilihat masih belum berjaya menyesuaikan diri dengan jentera KTM, RC16. Lebih mengecewakan, pelumba berusia 29 tahun itu gagal mengulangi pencapaiannya menaiki podium sebagai naib juara di Grand Prix (GP) Perancis ketika bersama Yamaha tahun lepas apabila hanya mampu menamatkan saingan tersebut di tempat ke-13 minggu lalu. Selepas kecewa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya