SEREMBAN – Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (Gakum) meminta universiti awam di seluruh negara membiayai perlindungan program takaful CuepacsCare untuk kira-kira 50,000 kakitangan mereka. Presidennya, Zulkifli Mohamad berkata, langkah itu untuk kebajikan kakitangan universiti awam dan membantu menjimatkan perbelanjaan universiti awam dalam aspek rawatan kesihatan pekerja. “Gakum akan mencadangkan perkara ini kepada pihak pengurusan 20 universiti awam di seluruh negara. Sebelum ini rawatan untuk kakitangan hanya melalui klinik panel. “Jika tidak dapat biayai seratus peratus, sekurang-kurangnya dapat membiayai separuh bayaran bulanan takaful CuepacsCare itu untuk kakitangan,” katanya pada sidang media Majlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya