KUALA NERUS 7 Mei – Warga Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5 di Gua Musang, Kelantan dengan mewujudkan sebuah perpustakaan mini di perkampungan itu baru-baru ini. Pengarah Projek Perpustakaan Mini, Mohd. Sabri Muda berkata, inisiatif itu bertujuan mendedahkan kalangan mereka terutama 100 kanak-kanak di situ dengan pelbagai bahan bacaan sekali gus menerapkan dan menyemai budaya membaca serta suasana cintakan ilmu. Katanya, perpustakaan mini itu dilengkapi sebanyak 350 bahan bacaan di samping turut menempatkan ruangan pembelajaran. “Warga Perpustakaan Unisza terpanggil untuk melaksanakan projek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya