CHRISTCHURCH 14 Mei – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberi amaran ucapan kebencian tersebar ‘cepat’ secara online ketika pertemuan dengan mangsa-mangsa tembakan masjid di sini, semalam. Menurutnya, badan dunia itu akan mempelopori usaha bagi menangani masalah berkenaan. Katanya, terdapat ‘bahaya kebencian meluap’ dengan medial sosial dieksploitasi untuk mempromosi ketaksuban. “Ucapan kebencian tersebar pantas di media sosial dan kita perlu memadamnya. “Tiada ruang bagi ucapan kebencian sama ada dalam atau luar talian,” katanya. Terdahulu, beliau melawat Masjid Al Noor yang menjadi lokasi serangan pengganas ketuanan kulit putih mengorbankan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya