SEMPENA 50 tahun Sesame Street menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia, satu sambutan istimewa dan eksklusif telah diadakan di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara khusus buat si cilik serta peminat rancangan Sesame Street di negara ini. Empat karektor dalam rancangan Sesame Street memeriahkan sambutan yang berlangsung semasa musim cuti sekolah baru-baru ini selain turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menyeronokkan di samping berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik. Kawasan ruang legar Centre Court The Curve diubah menjadi sebuah taman permainan kanak-kanak. Mereka dilihat riang bermain dalam taman permainan Sesame Street yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya