LE MANS 17 Mei- Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha SRT), Fabio Quartararo bakal menjadi tumpuan hujung minggu ini bagi perlumbaan di litar Le Mans iaitu negara kelahirannya, Perancis. Perlumbaan kelimanya di MotoGP, pelumba berusia 20 tahun itu mencipta kejutan dua minggu lalu di Jerez, apabila muncul pelumba termuda merampas petak utama perlumbaan Grand Prix sekali gus memecah rekod dilakar pada 2013 oleh pelumba dominan Marc Marquez. Begitupun, Quartararo gagal menamatkan perlumbaan selepas menghadapi masalah mekanikal dengan menyaksikan perlumbaan itu dimenangi Marquez. “Kami hanya boleh melihat rumusan positif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya