Isnin 4 Disember 1977, kini menjadi antara tarikh dukacita dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal dipercayai dirampas pengganas telah meletup dan terhempas di kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor, sekali gus menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi daripada titik hentamannya. MUKA depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Disember 1977 melaporkan berita “100 mayat berkecai” dalam insiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya