JAKARTA 21 Mei – Perhimpunan Gerakan Kedaulatan Rakyat membuat demonstrasi di depan pejabat Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) berhenti daripada ceramah bagi menunaikan solat Asar berjemaah, sebentar tadi. Detik News melaporkan, penceramah memaklumkan sudah masuk waktu Asar dan meminta orang ramai untuk mengambil wuduk. “Mari kita solat terlebih dahulu kerana waktu Asar sudah tiba dan kami harapkan yang lain untuk jaga saudara-saudara yang akan bersolat,” katanya. Mereka membuat saf dan menggunakan kain dijadikan alas untuk solat. Selesai solat, mereka kembali duduk untuk mendengar ceramah.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya