MELAKA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri sedang mengesan beberapa individu yang bergambar bersama bangkai seekor harimau dahan dan tular dalam laman sosial Facebook di Kampung Kemuning, Alor Gajah baru-baru ini. Pengarah Perhilitan Melaka, Mohd. Hasdi Husin berkata, kesemua individu terbabit diminta tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengenal pasti punca kematian haiwan dilindungi itu. Katanya, pihak Perhilitan dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas ia tular dalam laman sosial dan sepasukan anggota diarahkan untuk menyiasat lokasi kejadian iaitu kawasan ladang sejak pukul 8 malam tadi. “Hasil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya