SEDAR atau tidak, hari ini sudah memasuki setengah bulan umat Islam menjalani ibadah puasa iaitu 15 Ramadan. Dengan erti kata lain, sudah 50 peratus cabaran dan halangan sudah ditempuhi. Kini berbaki 15 hari lagi adalah peluang keemasan untuk kita menggandakan amalan untuk menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat dengan izin-Nya. Ramadan adalah perkataan yang berasal daripada gabungan (ra mim dad) yang membawa makna kepanasan teramat sangat hingga boleh meleburkan atau mencairkan sesuatu. Sebahagian ulama mentafsirkan kepanasan tersebut bermakna puasa dapat menghancur leburkan sifat-sifat keegoan dalam diri seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya