KUALA LUMPUR 25 Mei – Seorang lelaki maut selepas lori pikap dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah lori pasir di Lebuh Raya Timur Barat, berhampiran pasar raya besar Giant, Taman Connaught di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kemalangan tersebut turut melibatkan enam kenderaan lain. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Timbalan Penguasa Bomba Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian kira-kira pukul 12.34 tengah hari sebelum sepasukan 15 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya