KUALA LUMPUR 5 Mei – Seramai 113 murid Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat, di sini mengambil bahagian dalam Kursus Kepimpinan Pengawas anjuran Unit Hal Ehwal Murid di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat Selangor baru-baru ini. Program yang disertai oleh 16 guru pengiring diketuai oleh Suliyati Anwar itu bertujuan mendidik pelajar mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin selain mendisiplinkan mereka dalam menjalankan tugas dengan amanah dan jujur. Pelbagai pengisian dijalankan sepanjang program selama tiga hari itu antaranya perkhemahan, slot kerohanian dan aktiviti lasak. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya