SUNGAI PETANI 15 Mei – Bagi merapatkan hubungan bersama masyarakat setempat, Kastam Diraja Malaysia cawangan daerah ini telah mengadakan program mengacau bubur lambuk bersama penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) 11 Flat Paya Nahu, Taman Ria Jaya di sini, semalam. Turut mengambil bahagian ahli-ahli Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). Ketua Pegawai Kastam Daerah Sungai Petani, Mohd. Sukri Jusoh berkata, program kali kedua diadakan itu adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi berkenaan. Beliau memberitahu, kerja-kerja mengacau bubur lambuk itu dimulakan pada pukul 9 pagi sehingga berjaya menghasilkan kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya