MUAFAKAT. Kira-kira 200 ahli kariah melakukan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan masjid dan kawasan sekitar Masjid Himmatul Aliah, Seksyen 32, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Nazir Masjid Himmatul Aliah, Mohd. Hafiz Samsir berkata, aktiviti gotong-royong membersihkan masjid itu merupakan program tahunan yang diadakan bagi menyambut Ramadan. “Program seperti ini dapat memupuk semangat silaturahim dalam kalangan kariah terutamanya menjelang bulan puasa yang mulia. “Ahli kariah tanpa mengira usia akan sama-sama memainkan peranan bagi membersihkan kawasan sekitar. Kami sentiasa mengutamakan kebersihan di masjid ini,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya