PUTRAJAYA 15 Mei – Seorang saksi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara kubur di Wang Kelian, Perlis berpendapat, kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) merupakan antara tarikan kepada pendatang asing tanpa izin masuk ke negara ini. Menurut bekas Pengarah Imigresen Perlis, Mohd. Amir Othman, ini kerana pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR boleh bebas bergerak di negara ini. Malah beliau berpendapat, terdapat PATI yang seolah-olah mahu ditahan pihak berkuasa supaya ditempatkan di depoh tahanan tetapi kemudiannya dilepaskan apabila mempunyai kad tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya