PASIR PUTEH 9 Mei – Pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh tampil sebagai penyumbang terawal bagi meringan bebanan keluarga pesakit Hydrocephalus, Alia Mat Ripin di Kampung Tualang Tinggi, di sini yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Azmir Damiri berkata, selepas membaca laporan akhbar Utusan Malaysia, pihaknya melancarkan pungutan derma kilat sehingga berjaya menyediakan bakul makanan dan sumbangan kewangan kepada keluarga Mat Ripin Ya, 50. Menurutnya, pihaknya bersimpati dengan keadaan keluarga Mat Ripin yang bagaikan ‘jatuh ditimpa tangga’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya