JAKARTA 30 Mei – Cadangan referendum di Aceh sama ada tetap menjadi wilayah Indonesia atau bentuk negara baharu kedengaran lagi selepas keputusan pilihan raya Presiden (Pilpres) mendapati gandingan calon Prabowo Subianto-Sandiaga Uno kalah. Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Umum Jawatankuasa Peralihan Aceh (KPA), Muzakir Manaf yang menegaskan cadangan tersebut berikutan dakwaan Indonesia akan dijajah pihak asing. “Itulah yang kita bimbang, maka Aceh lebih baik mengikuti seperti Timor Leste. Kenapa tidak?,” soalnya yang juga Ketua Umum Parti Aceh ketika ditemu bual BBC Indonesia. Sementara itu, bekas pejuang Gerakan Aceh Merdeka (GAM),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya