KUALA LUMPUR – Pengendali Felda United, Mohd. Nidzam Jamil mengesahkan pasukannya sudah menandatangani penyerang kelahiran Singapura, Khairul Amri Mohd. Kamal untuk membantu skuad ‘The Fighters’ mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Katanya, hasrat untuk membawa pemain berusia 34 tahun itu ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang akhirnya terlaksana meskipun berdepan saingan sengit memandangkan beberapa pasukan Liga M turut memburu khidmat Khairul Amri pada jendela perpindahan kedua bulan ini. “Saya gembira apabila kami berjaya menandatangani khidmat Khairul Amri pada jendela perpindahan kali ini dan secara peribadi, saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya