KUALA LUMPUR 31 Mei – Penjaga gawang Selangor, Mohd. Farizal Harun dikenakan penggantungan lima perlawanan selain denda RM5,000 selepas didapati bersalah menumbuk muka pemain PKNP aksi Liga Super, 18 Mei lalu. Dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung itu, Mohd. Farizal bertindak ganas dengan menumbuk muka Mohamad Al-Fateh Afandi dalam aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung dan ia melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia). “Lima perlawanan yang terlibat bagi penggantungan itu termasuk menentang Kuala Lumpur pada 15 Jun ini, Johor Darul Ta’zim (19 Jun), Pahang (25 Jun),…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya