RAIKAN tunas rasa dengan menikmati lebih 50 sajian lazat di The Westin Kuala Lumpur (KL). Cef Eksekutifnya, Mohd. Halim Chek Leh berkata, antaranya ialah kambing panggang yang diperap sekurang-kurangnya 24 jam dengan ramuan rempah yang mudah didapati di rumah seperti jintan, halia, kunyit dan serbuk cili. “Kambing Australia tersebut dipanggang dalam postur duduk menggunakan teknik ikatan istimewa. “Daging kambing turut dilembutkan menggunakan yogurt,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini. Lebih menarik, tarikan sudut Dusun Durian khas buat peminat raja buah yang terletak di luar pekarangan ruang makan The Living Room.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya