BTS? Bagi golongan millennial, ia bukan lagi satu perkataan janggal. BTS merupakan nama pendek bagi Bangtan Sonyeondan atau Bangtan Boys, yang menjadi isu hangat diperdebatkan di Malaysia awal bulan lalu. Meskipun digelar ‘syaitan’ sebelum ini, tetapi tahukah anda tujuh jejaka Korea Selatan berambut merah jambu mahupun biru itu menyumbang lebih AS$5 bilion (RM20.8 bilion) kepada ekonomi negara tersebut setiap tahun. Jumlah itu bersamaan dengan sumbangan oleh 26 syarikat bersaiz sederhana. Malah BTS merupakan punca kepada satu dalam setiap 13 pelancong asing melawat Korea Selatan tahun lalu, menurut Institut Penyelidikan Hyundai.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya