KUALA LUMPUR 5 Mei- Polis Diraja Malaysia mengingatkan masyarakat beragama Islam bahawa perbuatan tidak berpuasa yang sengaja dilakukan secara terbuka atau di tempat awam merupakan satu kesalahan undang-undang jenayah syariah di negara ini. PDRM menerusi satu kenyataan dalam laman Facebooknya berkata, kesalahan itu diperuntukkan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri di Malaysia dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Katanya, bagaimanapun, setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti wujud segelintir masyarakat yang culas berpuasa serta tanpa rasa takut dan segan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya