BAITULMUQADDIS – Hampir 180,000 orang Islam mengerjakan solat Jumaat di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur kelmarin pada Jumaat pertama di bulan Ramadan, demikian menurut sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab menjaga tempat suci itu. Bilangan jemaah berdasarkan laporan pertubuhan Waqf itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu yang menyaksikan 120,000 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan. Ketua Pengarah Waqf, Azzam Al-Khatib berkata, jemaah beramai-ramai hadir untuk solat Jumaat walaupun ‘terpaksa melalui pos pemeriksaan Zionis yang dikawal ketat.’ Solat Jumaat itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya