LANGKAWI 8 Mei – Kira-kira 10 buah rumah dan beberapa buah kenderaan rosak akibat dipukul ribut yang melanda Kampung Padang Lalang dan Jalan Tanjung Rhu di Mukim Ayer Hangat dan Kampung Ranggut, dalam Mukim Padang Matsirat di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kebanyakan bumbung rumah rosak akibat ditimpa pokok yang tumbang. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Lalang, Zamri Zainudin berkata, ribut selama setengah jam itu telah mengakibatkan tiga buah rumah di kampungnya rosak. Katanya, kejadian itu walau bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan atau kecederaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya