JUARA. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geting, Tumpat dinobatkan sebagai johan kategori pendidikan khas pada Festival Amal Nasyid Terbuka 2019 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Kumpulan dianggotai lapan pelajar berusia 14 hingga 18 tahun yang mengalami masalah pembelajaran membuktikan ia bukan penghalang untuk berjaya meskipun sebahagiannya tidak pandai membaca. Mereka mempersembahkan lagu nasyid bertajuk ‘Sirah Nabi’ pada pertandingan itu. Festival Amal Nasyid Terbuka 2019 anjuran Pertubuhan Membantu Orang Kurang Upaya Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan menampilkan 16 kumpulan nasyid yang bertanding dalam tiga kategori.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya