KUALA LUMPUR 26 April – Sindiket pengedaran dadah dilihat semakin berani menjadikan Sabah sebagai transit untuk mereka menyeludup dadah ke negara jiran sejak kebelakangan ini. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah memberitahu portal Utusan Borneo, jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan pengedaran dadah menjadi perkara utama yang akan diberikan tumpuannya. Ujarnya, pemantauan rapi akan dilakukan pihaknya bagi menyekat kegiatan tersebut daripada berlaku memandangkan terdapat pengakuan suspek-suspek yang ditahan sebelum ini mendedahkan kegiatan itu. “Suatu ketika dahulu, Sabah adalah destinasi untuk pengedaran dadah dari negara jiran, tetapi semenjak akhir-akhir ini situasi sebaliknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya