KUANTAN 28 April – Beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua perlawanan tidak menghalang Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kedudukan pendahulu selepas terikat 1-1 dengan Pahang dalam aksi tumpuan melibatkan dua pasukan teratas Liga Super itu di Stadium Darul Makmur, di sini malam ini. Keputusan berkenaan menyaksikan skuad Harimau Selatan mengutip 27 mata selepas mengharungi 11 perlawanan untuk berada di puncak liga iaitu perbezaan dua mata dengan Pahang di tangga kedua. Keputusan seri tersebut turut menyaksikan JDT dan Pahang masing-masing masih mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga perlawanan penutup pusingan pertama Liga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya