KUALA LUMPUR 2 April – Saham-saham di Bursa Malaysia meningkat sedikit pada tengah hari, menjejaki pasaran saham Asia, dipengaruhi peningkatan dalam aktiviti pengilangan China bagi Februari, kata seorang peniaga. Sentimen yang bertambah baik dalam negara membantu meningkatkan pasaran saham serantau apabila pelabur membeli saham-saham dengan unjuran harga akan meningkat. Pada rehat tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.49 mata kepada 1,634.15 berbanding 1,634.15 pada penutupan Isnin, selepas dibuka 5.17 mata lebih tinggi pada 1,633.83. Indeks turun naik antara 1,631.79 dan 1,639.32 di sepanjang sesi pagi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya