KUALA LUMPUR 2 April – RHB Banking Group Bhd. (RHB) melancarkan kad debit visa pelbagai mata wang yang menawarkan akses kepada 13 mata wang asing selain ringgit. Pengarah Urusannya, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, RHB adalah bank Malaysia pertama yang memperkenal kad debit tersebut dan menyasarkan untuk mengeluarkan 15,000 kad pada tahun pertama. Beliau berkata pelancaran kad debit itu adalah sebahagian daripada komitmen RHB untuk menjadikan perbankan lebih mudah, pantas dan lancar untuk pelanggannya. “Kad debit ini akan memperkasa gaya hidup pelanggan RHB dan memberi laluan kepada pelbagai keperluan kewangan tanpa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya