KUALA LUMPUR 15 April – Prestariang SKIN Sdn. Bhd. (PSKIN), anak syarikat Prestariang Bhd., memfailkan tuntutan undang-undang berjumlah RM732 juta terhadap kerajaan Malaysia kerana menamatkan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN). Prestariang berkata, jumlah tuntutan itu dikira berdasarkan formula kontrak yang disediakan di dalam perjanjian konsesi (CA) yang telah dipersetujui oleh kerajaan. Katanya, pihak-pihak yang terlibat telah mengadakan beberapa siri rundingan tetapi tidak dapat mencapai penyelesaian yang baik bagi perkara berkenaan. “Sebagai usaha terakhir, Lembaga Pengarah Prestariang kini terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan pembayaran kontraknya,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya