KUALA LUMPUR 30 April- Pejabat Pusat Penyelidikan Padi dan Beras Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) terbakar dalam kejadian di Serdang, dekat sini petang tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.50 petang. Menurutnya, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, BBP Cyberjaya, BBP Bangi dan BBP Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian. “Sebaik sahaja tiba, kita mendapati kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat yang mempunyai pejabat dan makmal penyelidikan. “Bagaimanapun, kita berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan makmal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya