IPOH 30 April – Atlet olahraga negara, Muhammad Hakimi Ismail dan pemain boling wanita kebangsaan, Sin Li Jane masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati negeri Perak 2017/2018 pada majlis Anugerah Sukan Negeri di sini hari ini. Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya masing-masing menerima insentif wang tunai RM7,000 dan piala iringan. Hakimi Ismail yang memenangi pingat emas acara lompat kijang pada Sukan SEA 2017 mengalahkan dua lagi calon iaitu atlet terjun negara, Muhammad Syafiq Puteh dan atlet menembak, Siau Zianyi. Li Jane pula mengatasi dua calon untuk anugerah Olahragawati iaitu atlet terjun,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya