MELAKA 4 April – Kehadiran puluhan lori pasir di Taman Permatang Pasir Permai di sini setiap hari sejak awal tahun lalu mengundang keresahan dan rasa tidak selamat kepada penduduk setempat. Lori-lori besar dengan muatan pasir itu dipercayai menggunakan jalan utama taman tersebut untuk membawa pasir bagi tujuan projek tambakan pasir di muara sungai berhampiran taman tersebut. Lebih membimbangkan, kehadiran lori-lori yang tidak dikawal ini menyebabkan rumah berdekatan jalan digunakan itu bergegar dan berhabuk selain merosakkan jalan dan longkang. Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Permatang Pasir Permai, Saiful Azmi Tajuddin, 41, berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya