SEJAK beratus-ratus tahun dahulu, hasil karya lukisan dan kebolehan pelukis terkenal dunia, Leonardo da Vinci sentiasa menjadi sebutan. Lukisan terkenalnya, Mona Lisa sehingga kini masih diperdebat dan diperkatakan oleh banyak pihak kerana terdapat misteri yang masih belum terungkai. Di sebalik kehebatan karya-karya pelukis agung Renaissance ini, terdapat kebolehan istimewa Leonardo yang lain menjadi bualan banyak pihak. Pelukis agung ini dikatakan mampu menulis dan melukis menggunakan kedua-dua belah tangannya, kebolehan yang sangat jarang dimiliki oleh mana-mana individu. Namun begitu, kebolehannya ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik oleh mana-mana pihak sehinggalah berjaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya