KUALA LUMPUR 17 April – Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn. Bhd. (Sprint) dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Petron Malaysia akan mengadakan latihan kecemasan di Terowong Penchala, Lebuhraya Sprint pada Sabtu ini. Sprint dalam kenyataan berkata, latihan kecemasan itu akan melibatkan simulasi kemalangan lori tangki Petron yang terbalik dan melanggar sebuah lori satu tan yang membawa bahan kimia berbahaya. “Situasi ini akan menyebabkan suasana cemas di sepanjang Terowong Penchala, Lebuhraya Sprint. “Program ini bertujuan menyediakan latihan yang realistik kepada pasukan kecemasan terlibat, meningkatkan keberkesanan operasi dan memastikan tindakan pantas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya