SUBANG JAYA 14 April – Orang ramai berpeluang menikmati pelbagai juadah berbuka puasa melalui jualan food truck di tempat letak kereta Summit USJ, di sini bermula 3 Mei hingga 2 Jun ini. Bazar sempena bulan Ramadan itu mengetengahkan kira-kira 15 gerai food truck pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 4 petang hingga 10 malam. Program anjuran Summit USJ dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya, RW Events dan KLFTEA itu akan turut menjayakan jualan tanpa straw plastik dan bekas makanan polisterina sebagai kempen pemeliharaan alam sekitar. – UTUSAN…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya