JAKARTA – Proses pengiraan undi pilihan raya umum Indonesia (Pemilu) 2019 dijangka selesai pada 22 Mei ini, sebelum Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan Presiden Indonesia baharu untuk penggal 2019-2024. Berdasarkan pengiraan undi KPU setakat 10.30 pagi semalam, pasangan Joko Widodo (Jokowi) dan Ma’aruf Amin mendahului Prabowo Subianto-Sandiaga Uno. Presiden Jokowi, 57, dan pasangannya untuk naib presiden, Ma’aruf, 76, mendahului dengan 54.89 peratus, hasil daripada 37,787 Tempat Pemungutan Suara (TPS) atau pusat pengundian, daripada keseluruhan 813,350 TPS. Berdasarkan keputusan kiraan cepat oleh 40 badan-badan bebas dan penduga undi yang berdaftar dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya